Followers

Monday 21 May 2012

Alhamdulillah .. ♥


Assalamualaikum . Hi, nampak tak muka ittew sangat ahh inesen .. K tolong jangan lempang iteww sebab nanti sakit ahhhh ! Alamak aii . *ayat sakai mintak penumbuk* Ok, ini entry ringkas dan ekspresso . Tahu, ada orang rindu aku create entry kan kan kan . K sila mengaku sekarang ! *sengih* Kcukup.

Tiada kata yang dapat aku ungkapkan selain Alhamdulillah sebab aku sangat bersyukur dengan apa yang aku ada dan peroleh sekarang .Aku takkan dapat hidup sampai sekarang kalau Allah tak izinkan . 

>EkspressoMessage< awok... sayang awok!

aku sikit pun tak kisah kalau ada orang kata aku poyo sebab jual mahal . aku pun tak kisah kalau dorang unfriend aku sebab aku tak balas IM dorang. So what kan? Cukuplah saya cuma mengenali awak seorang. Even hubungan kita macam ni saya tak pernah nak mintak lebih lebih pada awak . Mengenali awak dah buat saya rasa hebatnya ciptaan Allah . Seriesly sekarang saya rasa saya perempuan yang bertuah sebab Allah masih menjaga saya . saya tahu Allah dah aturkan  super somenthing yang sweet untuk kita .

Saya taknak berjanji untuk menjadi yang halal untuk awak. Biarlah hubungan kita ni benar benar diredhai Allah. I know my love story dah ditulis rapi dari Allah and its amazing and fastatik story about us cause Allah more knows the best for us . K take care.

Hellow!♥


Assalamualaikum......

Hi.. tajuk harini  sangat the bimbangbimm je kan?. Okey.. perkembangan nya? sebenarnya aku da gumok!.Hee.. see.. nampak tak permainan dia? See the play? haha Kbai.

Nonono...
perkembangannya aku dah mula jinak - jinak rabbit kiut untuk pakai tudung bawal balik .. See... *ni mesti kes hot bawal bawal kan ? bhahaha.. aku ingt dulu bawal bawal ni pakai masa aku dekat sekolah menengah lagi . memang menyampah plus dengan tolak bahagi la pakai bawal sebab nampak macam kanak kanak rebina lapaq penampaq !


* muka lapaq penampaq ni..plus mulut itik lapaq susu =P

Okey then , mula mula aku nak ucap terima kasih banyak banyak kepada Follower and Readers yang sudi singgah dan menstalker aku dekat sini , anda adalah sangat tidak penting. Ok tipu =P

Hehehe kepada family yang tercinta . rakan rakan kerja , kawan kawan , mushukk mashamm aku dan semua yang kenal aku , you guys is the best i've ever had . Love you muchi muchie moreeeeee . Ohyaa , Bytheway , lately ni aku akan mula busy . So.. my beloved FB my sweetie Bloggie .. maaf kalau aku abaikan korang .

For those that do not know that im currently is cool person .  Tak payah nak HOT sangat lah kan . Okey then..then..lately ni biasalah , dah bekerja tu sibuk lah .. macam macam sibuk .. sibuk nak besarkan bahagian badan yang tak sepatutnya...

KBai.

Thursday 17 May 2012

why? why? why?


Assalamualaikum...

Mungkin awak belum kenal lagi siapa saya sebenarnya . Maybe ada yang ingat , "ek elehh lu pehal minah nak sombong bagai dengan gua?" & " perempuan ni bajet je lebih" Ktetiba. 

Beb, dengar sini, aku akan baik dengan orang yang baik dengan aku. Dan aku akan diam dengan orang yang kurang suka or benci or what ever dengan aku. 

Why not ? Takkan lah pulak aku mesti jumpa kau yang benci aku and tanya 
"why you hate me? please dont hate me! " dengan gaya ala ala princess dari kayangan. 
What else? Huu Boooo!

Tak faham jugak . Korang ingat aku suka bagai ke tempek muka aku dengan macam macam barang? Tak nak lah weh .. kulit muka aku pun dok meraung2 help me help me mintak udara . Dah kerja aku memang macam ni . why not lah aku tempek muka aku bagai2.

Nanti kau tatap lah banyak banyak muka aku sampai nak termuntah. mungkin korang penah dengar aku cakap "it's okay" "takde papelah" "nothing,just forget it" " takpe, tak kesah pun " " em..okay" and what else .. Kadang kadang aku terfikir kenapa boleh terbitnya kata kata itu kalau sebenarnya hati aku sakit dan perit .

Tak kisah lah cantik ke tak. I am grateful to be who I am. Im just beautiful me . cantik ke tak tu anugerah Allah .Sapelah kita  ni nak judge kalau orang tu cantik atau tak kan . aku tak kesah pun kalau lepas ni orang nak kata.
"ceh,,, tak cantik pun minah ni rupanya"

#ukurlah cantik tu dari hati, bukan dari rupa.

spechless


Assalamualaikum.....

Firstly entry malam ni xde ayat gelak gelak macam selalu oke.... entry kali ni berbaur emo+tacink2 sikit  supaya ianya sesuai dengan tajuk di atas. *abaikan ayat tahap skema tuh!.

okey.
awak... saya tahu saya tak sempurna. saya rasa awak pun dah sedia maklum. awak pun tahu jugak kan yang saya kuat cemburu . suka merajuk . macam kanak kanak rebina . dan yang paling penting tahap kelembapan saya yang maximum tu yang selalu buat awak marah .

saya x mintak semua ni . saya pun tak suka sangat nak gaduh gaduh manja tahap baby junior dengan awak . awak pun tahu kan saya akan rasa letih . sakit . pedih . tahap kena cucuk dengan garfu dah hati saya bila bergaduh dengan awak .

walaupun kadang kadang tu kata kata awak buat saya marah buat saya sedih tapi saya tak kisah . sebab saya sayang awak . saya rela jadi punching bag awak kalau nak. *ermm..harap harap tak lah >_<

Apa yang awak perlu tahu sekarang , saya tak suka awak sama kan saya dengan orang lain . saya tak suka awak lepas cakap dengan saya . awak kan tahu saya cepat tacink . lembut macam jelly yang comel tuh! Oke Gdik. Pastu saya tak suka jugak tau orang paksa paksa saya. kalau boleh tu biar lah dengan rela jiwa raga =)

saya terima semua kelebihan dan kekurangan awak . saya tak pernah nak mengeluh sedikit pun dengan awak. cuma kalau kadang kadang tu saya ter over maaf lah . mungkin kadang kadang tu tahap sabar saya tu hilang . 

saya tak nak awak jadi yang sempurna untuk saya. sebab saya tahu saya tak sempurna .
apa yang saya tahu sekarang saya sayang awak. please jaga hati saya walaupun apa pun awak anggap saya.
walaupun awak anggap saya kawan.

Kbai>

How can I do? memang diri aku tercipta macam ni =(

Assalamualaikum...

Sejak dua menjak ni  aku rasa sangat tercabar . Banyak sangat hati yang nak kena aku jaga... Hati family aku , hati orang yang aku sayang , hati kawan-kawan , hati staff2 lain , hati friendlist facebookers , bloggers dan semua yang kenal aku . Cuba menjadi seorang yang baik dan menjadi diri sendiri .

aku cuba berikan yang terbaik untuk semua orang . aku cuba sedaya upaya supaya dorang tahu betapa aku sangat menghargai dorang . Sehingga kadang-kadang hati aku sendiri tak terjaga . Tapi aku tahu, aku punya apa. Tuhan . Tuhan tahu macam mana hati aku . aku percaya tu.

" kita tak boleh nak puaskan hati orang , lagipun kalau nak buat orang suka dekat kita memang susah , tapi kalau nak buat orang benci kita senang je kan ."

Okey.. Teet!
Aku bukan siapa siapa . Bukan artis ramai orang kenal . Bukan penyanyi yang suaranya akan didengar sepanjang masa . Jauh sekali Najwa Latif . Ktetiba. Tapi aku nazatul shamira . Manusia biasa yang tak terlepas melakukan kesilapan . aku akui yang aku ni non-perfect. Tapi, please! tolonglah faham kalau aku pun punya hati dan perasaan. Tolong! Ouh.. tetiba emo semacam. Abaikan >_<

     

haha abaikan muka ayu atas ni >_<




Robbie Williams - Better Man





Thanks untuk lagu ni Incik Robbie saya  =)

Wednesday 16 May 2012

Wordless Wednesday#


  
Abaikan muka2 comel atas ni =)

Assalamualaikum...

Orang boleh cakap perangai aku macam budak-budak , macam tak matang , macam dah tak sesuai perangai dengan umur 22tahun.. macam mengada ngada , macam gedik tapi tetap ohsem lagi sopan santun , lagi menghormati orang tua . Eh2 .

Tapi , yang  "macam"  tu lah buat aku happy jadi diri sendiri  rasa selesa dan aku tahu diri aku pun selesa . Buat apa nak selesakan diri orang lain , padahal tu bukan diri kita sendiri . trust me , bila jadi diri sendiri , selain kita akan rasa ohsem berada dalam jasad sendiri , orang akan rasa untuk jadi kita .

kalau matang sangat , cakap tak cool . kalau dah riang ria , cakap macam budak . itulah manusia , padahal dalam diri ni sape yang tahu ?

Baru 22 tahun . Relax lah , nak rempit pun boleh lagi ni . Esok lusa mungkin perangai aku ni akan bertolak ansur dengan usia aku. Pandai-pandai la perangai aku ni bawak diri.

# entry paling kemetot untuk malam ni. KBai.

  

Sunday 13 May 2012

saya memang terok. So??

Assalamualaikum...

Disebabkan blog ini dikategorikan sebagai Blog Peribadi , ini ada entry speed laju - laju untuk malam ini . Perasaan aku macam tak boleh nak tahan dengan sikap semua orang yang sangat hipokrit dengan aku . Dan aku pun tahu , dalam masa yang sama ada orang yang tak tahan jugak dengan sikap aku . So? okay. okay. Tah kenapa aku rasa macam arghhhhhh , aku nak update gak . nak update gak . K gedik!.


sekarang  aku rasa macam aku ni teruk sangat sangat. Semua ni juga kerana sifat aku yang macam annoying dan pemalas dan pelembap tu (bukan pelembab muka tu, tapi lembab yang tak cool tu).
Ntah sejak bila aku sekarang macam budak malas kot . Dulu time study dulu aku tak lah macam ni , aku tersangatlah OHSEM orangnya.means semua benda terurus dengan baik dan jayanya .
But then , sejak akhir akhir ni, entah la. Aku tak tahu kat mana silapnya aku atau mana hilangnya saraf rajin aku. *ada ke?

contohla, sekarang aku suka bangun lambat. Tidur lambat tu memang lah , tak boleh nak buang dah tabiat tu. Then bila mak aku mula membebel bila aku bangun lambat, lambat mandi, lambat makan  and semuanya lambatlah. aku mula tutup telinga dan lari dari bebelan itu.

Then.. tak cukup dengan tu , aku punya nafsu makan yang luar biasa .why ? makan is my hobby okey!
Pastu yang paling teruk, when saya ada banyak kerja-kerja yang bertangguh .aku tetap lambat dan terus tetap dengan kelembapan aku tuh .

semua aku buat tak endah. memang aku sangat teruk ... So?

......aku kena berubah? Ye. itu pasti. Kbai.